Monday, 25 July 2016

PERANA ULAMAK - ULAMAK ISLAM DALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

PENGAJIAN MALAYSIA (DUB1012)


DTK1A


TEAM RA'ID



PENGENALAN


Ulama dan gerakan kemerdekaan:

Beberapa contoh di antara kelompok masyarakat yang mempunyai pengaruh yang hebat ke atas pelakuan dan pemikiran rakyat jelata/awam ialah kelompok ulama. Berbekalkan ilmu agama (Islam) yang mendalam mereka muncul sebagai pemimpin masyarakat di peringkat setempat, negeri dan nusantara (antarabangsa).

Dengan peranan yang begini menyeluruh, tidak dapat dinafikan ulama telah memainkan peranan yang penting dalam menggerak arus kemerdekaan sesebuah negara.

Cuma tradisi besar khususnya milik kuasa kolonial tidak mengiktiraf sumbangan penting mereka atas sebab-sebab yang amat difahami oleh kuasa penjajah sendiri!

Pejuang-pejuang tempatan yang menentang kuasa penjajah seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman dan lain-lain lagi mereka juga, dari satu segi, adalah berstatus ulama .



PERANAN TOK JANGGUT


Latar belakang.

  •  Haji Mat Hassan bin Munas dikenali juga sebagai Tok Janggut. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir Puteh, Kelantan. Haji Mat Hassan mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan Mekah. Beliau menyimpan janggut hingga ke paras dada dan sebab itulah beliau dikenali sebagai Tok Janggut. Tok Janggut juga mahir dalam ilmu persilatan.Beliau yang menetap di Kampung Nering,bekerja sebagai petani dan peniaga.Beliau merupakan salah seorang pejuang tanah air di Kelantan yang terkorban semasa pendudukan British.

 Peranan Tok Janggut Dalam Perjuangan Kemerdekaan

  1.  Memperjuangkan nasib orang Melayu di Kelantan
  2.  Menentang penjajah Inggeris dan Siam
  3.  Menentang kerajaan Kota Bharu yang diketuai oleh tali barut penjajah Inggeris dan Siam
  4.  Pejuang kebebasan
  5.  Menyahut cabaran kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk menentang penjajah Barat



PERANAN MAT KILAU


Latar belakang.

  • Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu atau Tok Gajah. Ibu beliau adalah Mahda Iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat kilau dipercayai lahir pada tahun 1865/1866 di Kampung masjid, Pulau Tawar, Jerantut,Pahang.Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang" .Hobi beliau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.    


Peranan Mat Kilau

  1.  Menentang pendudukan British di tanah air beliau.
  2.  Menyebarkan semangat perjuangan menetang penjajahan di negeri jiran,Terengganu dan Kelantan bersama beberapa pengikut/pembesar beliau.
  3. Menyatakan bahawa cukai yang dikenakan oleh pihak inggeris sebagai penjajah terlalu tinggi dan mendapat persetujuan oleh pahlawan yang lain seperti Tok janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu.



PERANAN TOK KENALI


Latar belakang.

  • Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali. Beliau dipercayai lahir pada tahun 1870.
  • Menuntut di Mekah selama 22 tahun. Sangat alim dalam ilmu tatabahasa arab
  • Beliau seorang Alim Rabbani dan hidupnya banyak berpandukan Al-Quran dan Sunnah

Peranan Tok Kenali

TOK KENALI atau Muhammad Yusof (nama timang-timangan beliau ialah Awang) dilahirkan di Kenali, Kelantan pada tahun 1868 Masihi. Beliau mempunyai pertalian yang rapat dengan pertumbuhan sistem pengajian pondok yang terdapat di negara ini amnya dan di Kelantan, khususnya.Pesanan beliau yang cukup terkenal di kalangan anak-anak murid yang datang ‘mengaji’ dari setiap pelosok negara termasuk dari Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Selatan Siam: “Belajar rajin-rajin” dan “balik buka pondok!”Beliau dianggap wali kerana dianugerahkan oleh Allah dengan pelbagai karamah seperti berjalan di permukaan air, dapat berada di banyak tempat dalam jangka masa yang singkat, mempunyai mulut yang masin (berlakunya beberapa perkara setelah dikatakan oleh beliau).Beliau juga dapat mengetahui perkara-perkara yang akan berlaku seperti kedatangan Jepun dan peristiwa banjir besar.Beliau meninggal dunia dalam usia 65 tahun pada 19 November, 1933. tenaga penting majalah Pengasuh Beliau adalah tokoh penting di sebalik penerbitan majalah Pengasuh di samping pernah menjadi Ahl iMajlis Agama dan Adat Istiadat Melayu (Dewan) Ulama. Beliau pernah belajar selama 17 tahun di Mekah dan lima tahun di Mesir.Beliau membuka dua buah pondok di kampong kelahirannya di Kenali, dalam jajahan Kota Bharu. Di sinilah beliau berjuang, mengasuh dan mendidik anak-anak muridnya hingga melahirkan banyak tokoh agama, yang kemudian pulang membuka pondok pengajian di tempat masing-masing. Di samping mengajar, Tok Kenali juga aktif dalam penulisan.Gandingan ulama dan umara Sebagai Ahli Majlis (Dewan) Ulama, Tok Kenali juga turut terlibat dalam pemerintahan negeri. Beliau telah membantu menyusun undang-undang tubuh Majlis Agama dan adat Istiadat Melayu Kelantan.Tok Kenali juga terlibat menggubal Kanun Tanah Negeri yang meliputi persoalan pembahagian harta pusaka menurut syariat.Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar) Kelantan ketika itu diketuai sahabatnya, Nik Mahmud Ismail sering berbincang dan mendapatkan pandangan daripada Tok Kenali dalam banyak perkara pentadbiran.Beliau pernah bertanyakan Tok Kenali berhubung cara untuk memajukan bandar Kota Bharu. Tok Kenali mencadangkan agar membina banyak sekolah supaya dengan usaha itu akan wujud banyak kedai, bangunan-bangunan dan bandar Kota Bharu akan maju.Cadangan itu kemudiannya dilaksanakan dengan penubuhan banyak sekolah agama dan sekolah kebangsaan. Sultan Ismail turut menghormati Tok Kenali.Bagindalah yang memerintahkan Tok Kenali menterjemah kitab induk Imam Syafie, iaitu Kitab Al-Umm dan kitab tafsir, Al-Khazan.Mengajar di Masjid Muhammadi Selain mengajar di Pondok Kampung Paya di Kenali, Tok Kenali juga mengajar di Masjid Muhammadi.Selepas kematian ibunya, Tok Kenali berpindah mengajar sepenuh masa di Masjid Muhammadi atas permintaan Datuk Perdana Menteri (Menteri Besar).Sejak itu, pondok-pondok kecil didirikan dengan banyak di sekeliling masjid itu yang didiami pelajar-pelajar yang datang serata negeri di Tanah Melayu (Malaysia). Masjid Muhammadi menjadi pusat pengajian pondok tertinggi dan termasyhur ketika itu 




PERANAN DATO' BAHAMAN

Latar belakang.

  •  Abdul Rahman Bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato'Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu. Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari Bangkinang, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia Perkasa Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan' oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.

Peranan Dato' Bahaman Dalam Perjuangan Kemerdekaan

  1. Dilucutkan jawatan kerana enggan mendengar arahan orang Inggeris
  2. Mengetuai pengikut-pengikutnya untuk menyerang hendap orang Inggeris
  3. Tidak gentar dengan ancaman orang Inggeris




PERANAN TOK GAJAH


Latar belakang

  • Nama beliau sebenarnya Iman Rasu Bin Shahrun dan gelarannya adalah 
    Orang Kaya Iman Indera Gajah Pahang. Beliau adalah salah seorang daripada
    pahlawan-pahlawan yang terlibat dalam pemberontakan di negeri Pahang tahun
    1893-1895. Semasa beliau berumur 56 tahun iaitu pada tahun 1901, beliau
    meninggal dunia di Kampung Pasir Nering, terletak kira-kira 8km dari bandar
    Kuala Berang. Belikau merupakan ayah kepada pahlawan Melayu Pahang iaitu
    Mat Kilau.Pada tahun 1891 hingga 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang
    terhadap pemerintah negerinya.


Peranan Tok Gajah

  1. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman,
    Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris.
  2. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya
    yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang.
  3. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan
    dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.

    KESIMPULAN

    • Kesimpulannya, jelaslah kepada kita betapa pentingnya kedudukan para ulama' dan peranan mereka dalam menyelamatkan umat daripada kejahilan dan kesesatan akidah. Sebab itu ulama' dipandang serong oleh musuh Islam dan orang-orang yang sangat anti kepada perjuangan hidup islam. Oleh kerana peranan dan kedudukan ulama' penting dalam masyarakat, marilah kita menghormati dan menghargai ulama' kita yang soleh dan bertaqwa. Marilah mendekati dan mempelajari ilmu pengetahuan daripada ulama'.

    RUMUSAN

     Kami amat bersyukur kerana telah menyelesaikan  blog Pengajian Malaysia dalam tempohmasa yang ditetapkan. Kami dapat memahami lebih dalam tentang peranan ulamak-ulamak islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tanah meayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Kenali, Datuk Bahaman dan Tok Gajah.

    Ketika menjalankan kajian ini , banyak pengajaran dan nilai yang telah kami pelajari. Hasilnya, kami akan lebih menghargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka ke arah menuntut kemerdekaan.Tambahan pula,  kami juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara satu sama lain semasa menjalankan dan menyelesaikan kajian blog ini. Di samping itu, kami dapat menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.

    Akhir sekali, kajian seperti ini dapat menarik perhatian remaja masa kini untuk lebih menghargai jasa ulamak-ulamak terdahulu dalam mencapai kemerdekaan. Secara tidak langsung dapat memupuk semangat cinta akan tanah air dalam diri.

    Rujukan
    3.      www.pnineuron.com
    4.      Masteri Memori melalui peta minda sejarah SPM cetakan keempatbelas 2012
    5.      Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin edisi kelima Oxford Fajar Sdn.Bhd Pengajian Malaysia


    LAMPIRAN



    Mayat Tok Janggut yang dibiarkan begitu sahaja.


    Mayat Tok Janggut yang digantung


    Mat Kilau dikenal sebagai dikir Pahang


    Makan Tok Janggut di Tumpat Kelantan


    PETA LOKASI

     Datuk Bahaman


    Tok Janggut


    Tok Kenali